Skip to content
Site Tools
Increase font size Decrease font size Default font size
You are here: Home Tips & Tutorials Photography Tutorials Kaler gold?
Kaler gold?
Written by Safa   
Tuesday, 15 September 2009 00:08
Thumnail

Kaler gold ok tak? Tanya seorang sahabat yang ingin melangsungkan perkahwinan pada hari raya ke-4 di Kelantan. Baju hijau yang telah dicop oleh tunangnya telah diambil orang. Hangin satu badan, katanya.
Pic 1 Tema gold amat diminati oleh kebanyakkan pasangan pengantin oleh sebab kalernya yang timbul, menyilau-yilau nampak gah bila disematkan. Tetapi kaler gold atau kaler krim, kuning dan oren memberikan cabaran yang 'lebih' kepada fotografer dari aspek teknikal dan juga editor apabila hendak melakukan post processing nanti.

Salah satu masalah fotografer adalah white balance yang perlu dikalibrasi tepat supaya gambar yang sedia timbul tidak terlampau kekuningan yang diakibatkan oleh pemantulan flash yang sama dengan tema kaler tersebut. Kebiasaannya gambar yang dihasilkan oleh kaler ini boleh menenggelamkan kehadiran pengantin jikalau temanya sekaler dengan baju pengantin. Oleh itu, aspek pemilihan kaler baju dan tema perlu disesuaikan supaya kehadiran pengantin dapat di'rasai' oleh para tetamu.

Dalam menghasilkan gambar yang baik, kedua-dua fotografer dan editor juga memainkan peranan yang penting untuk menimbulkan subjek. Kaler gold menurut pemerhatian penulis sesuai untuk background yang gelap. Dengan secukup rasa cahaya flash, gambar yang dihasilkan boleh meng'pop-up'kan pengantin. Outdoor disuasana terang berlatar belakangkan lanscape hijau/biru tampak kurang mesra dengan gold, oleh itu editor perlu mencari kaedah editing untuk menaikkan subjek. Antara kesan khas yang femes adalah vignetting, black and white dan sephia. Efek lain adalah isolasi subjek dan background dengan kaler yang berlainan, gambar klasik dsb.

Pic 2
Gambar black and white dengan menaikkan warna kuning.
 
Pic 3
Sedikit cahaya flash berbackground gelap boleh menimbulkan subjek.

Pic 4
Sedikit vignetting dan pengurangan saturation pada background.

Apa pun kaler tema anda, adalah menjadi harapan kami untuk menghasilkan yang terbaik, insyallah. Sebarang cadangan dan kritikan dialu-alukan. Gambar-gambar kaler gold lain akan dimasukkan secara berkala. Sila lihat sini untuk langit biru.

 

Add comment


Security code
Refresh

ShoutBox

ShoutMix chat widget
Ads on: Special HTML

Tutorials

Photography Tutorials

Photoshop Tutorials

Free counter and web stats
Ads on: Special HTML