Skip to content
Site Tools
Increase font size Decrease font size Default font size
You are here: Home News Kepuasan sepenuhnya
Kepuasan sepenuhnya
Written by Safa   
Thursday, 14 January 2010 12:08
Wedding_Pic02 by saffaridha.
Crop 5:4 kurang sesuai bagi gambar lanscape seperti di atas. Sesuai
untuk print 8R atau gambar jenis portrait.

Aku suka gambar kawin yang timbul, ada emosi, expression yang baik dan kemas. Framing/cropping yang baik juga memberi peranan dalam gambar. Point untuk membuat editing ialah untuk memperbaiki kelemahan dan seterusnya meningkatkan mood viewer. Gambar di atas sebenarnya agak gelap dibahagian muka. Dengan editing, anda boleh upkan kecerahan gambar.

Jikalau anda sedar, tren fotografer di dalam fotografi kawin nih semuanya sama. Anda bermula sebagai newbie dengan beginner level DSLR dan kit lens. Di situ anda akan melihat keupayaan anda dan gear anda dan mempelajari kelemahan dan kelebihan anda. Apabila ada peningkatan, anda upgrade gears anda, flash, lens dsb.

Kemuncak pertama, apabila anda ada lens portrait. Main depth of field. Kemuncak ke-2, apabila anda main flash lighting. Aku akui, aku memang gian bermain dengan lighting. Kesemuanya gara-gara bagaimana hendak membuatkan gambar nampak seakan2 marveles. Walaupun sebenarnya subjektif.

Murni & Ezad
Flash lighting atas kiri.


Snoot flash atas bunga, seketul flash di belakang


Portrait gambar mekanik sedang bekerja. Flash depan kanan, seketul di belakang kiri.
 
Kemuncak ke-4 yang aku still idamkan ialah mempunyai lens high end gears seperti lens wide open, lens yang boleh memberi kepuasan maksima dari segi sharpness, dan color. Full Frame body yang memberi kelebihan dari segi DOF dsb. Pointnya, natural. Kelemahan high end gears ialah mahal dan berat. Contoh lens yang aku nak ialah Zuiko 14-100 f/2, yang berharga RM16k.
 
Pengakhirannya yang aku dapat lihat ialah kembali kepada basic DSLR, ringan dan tak perlu nak menunjuk-nunjuk. Kalau nak diikutkan tak payah la nak upgrade gears, buat editing, upkan gambar dah boleh jadi macam pro. Walaubagaimanapun, kami di Fotoeve Asia mementingkan kedua-duanya, kepuasan mengambil gambar dan editing, dan kepuasan pelanggan terhadap hasil kerja kami. Satisfaction in everything.

Untuk tempahan for any events photography & videography 2010, sila hubungi Safa 016-383 0064 atau lawati www.fotoeve.asia dan wwww.safartwork.com
 

Add comment


Security code
Refresh

Tutorials

Photography Tutorials

Photoshop Tutorials

Free counter and web stats
Ads on: Special HTML